Saturday, January 11, 2020

Gotong Royong Perdana MPP 2020


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 11 Januari 2020 (Sabtu) , pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar  telah bersama mengadakan gotong royong bersama membersihkan Sekretariat MPP yang juga merupakan Pusat Kegiatan Pelajar.Seramai 13 pimpinan MPP bersama Penasihat RAWDAH, En. Faizul Afzan telah hadir untuk membantu dalam membersihkan Sekratariat pelajar dan ibupejabat MPP.
Pimpinan berkumpul pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan sesi sarapan dengan bekalan makanan (potluck) yang dibawa.

Setelah selesai sarapan, baru dimulakan sesi gotong royong dan diagihkan tugasan untuk membersihkan kawasan-kasawan utama seperti meja presiden, meja mesyuarat, dapur , dan juga persekitaran sekretariat.
Aktiviti selesai pada pukul 12.30pm dan sesi diteruskan dengan sesi santai menghabiskan bekalan potluck sebelum pulang. Kesempatan juga pimpinan mengadakan sesi Round Table iaitu perbincangan asas mengenai aktiviti dan gerakkerja MPP bagi sesi 2020. 


Terima kasih pada yang menghadiri dan membantu Gotong Royong Perdana kali ini.
MPP ILPPERAI MEMIMPIN
Majlis Perwakilan Pelajar 
ILP Perai Sidang 1 2020





































No comments:

Post a Comment