Monday, February 3, 2020

PERHIMPUNAN BULANAN KALI PERTAMA 2020 : BULAN FEBRUARI

Tarikh : 3/2/2020 (Isnin) 
Tempat : Dewan Utama ILP Perai. 

Pada perhimpunan kali pertama sesi ini, majlis telah diacarakan oleh saudara Meor Syahmie Bin Meor Amri (Exco Kebajikan MPP). Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang dan disusuli dengan bacaan doa oleh Saudara Rasman Bin Mohd Fadzli.


Pada sesi pertama, ucapan oleh wakil MPP iaitu Saudara Hanif Shahfuan Bin Shaiful Nizam dan Saudari Siti Syuhada Binti Musa.
Saudara Hanif telah mengetengahkan isu berkenaan pakir motor di Tempat Pakir Motor yang telah disediakan Pakir Khas untuk Pelajar Wanita dan juga mengingatkan supaya semua pelajar meletak/ memakir motor dengan betul & seragam iaitu dengan cara menghala motor ke Surau. Ini kerana ianya dapat memudahkan laluan motor yang pakir dibahagian belakang serta pelajar harus memakir di dalam petak yang disediakan.
 Kemudian wakil MPP kedua iaiatu saudari Siti Syuhada pula membicarakan topik pembudayaan membuang tin-tin kedalam kotak Station 3R bagi memastikan segala jenis tin-tin dan botol dapat di kitar semula demi kelestarian alam sekitar. Saudari Siti juga menasihatkan rakan-rakan pelajar agar patuh kepada sistem parking yang dikhaskan khususnya parking untuk siswi/wanita. 

Sesi seterusnya wakil pegawai BPPL , Puan Azlina Bin Ibrahim mengisi ucapannya dengan beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh para pelajar. Pertama berkenaan penggunaan Stiker kenderaan di mana pelajar perlu mendapatkan stiker kenderaan tersebut dengan menyerahkan salinan geran dan lesen untuk disahkan.  



Perkara kedua , pelajar juga perlu memhami kegunaan insuran pelajar yang sangat memberi manfaat khususnya apabila pelajar diuji dengan kemalangan dan pihak agen insuran akan sedia menguruskan pampasan akibat kemalangan yang dihadapi pelajar.

Pelajar semester satu pula perlu diingatkan gar menyerahkan segala dokumen berkenaan medical chekup, pengakuan pelajar, ikrar, surat lepas tanggungjawab ibubapa dan lain-lain untuk dihantar segera kepada pihak BPPL. 

Akhir sekali Puan Azlina meminta pelajar semester satu perlu tunggu selepas tamat perhimpunan untuk menandatangani surat Akujanji sebagai Pelajar ILP Perai. Acara seterusnya diteruskan dengan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh BPSM dan Kelab Multimedia INTRIP MEDIA ILP Perai berkenaan Video Iklan kemasukan ke ILP Perai, Program derma darah Pelajar ILP Perai dan CSR : Advokasi bersama JKJR. 

 Majlis Perhimpunan berakhir dengan jayanya pada jam 9.30 pagi. 

 Disediakan oleh: 

Noreen Dayana
Setiausaha MPP


Lain- lain Foto berkaitan :


























No comments:

Post a Comment