Tuesday, February 20, 2018

Mengenai Majlis Perwakilan Pelajar ILP Perai

Pengenalan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpin di masa depan, selain membantu pihak pegurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar dan kelestarian kebajikan khususnya untuk pelajar itu sendiri. 

MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah - masalah mereka kepada pihak Institut. MPP hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu. 

MPP dianggotai oleh sembilan orang ahli yang dipilih melalui pengundian. Sembilan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi kerusi umum dan 4 kerusi yang selebihnya adalah bagi kerusi biro. 

MPP akan diketuai oleh seorang Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, 4 orang wakil ketua biro iaitu biro kebajikan, biro agama, biro kebajikan, biro sukan, biro disiplin dan kebudayaan. 

Objektif Utama MPP 

 i. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. 

 ii. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan
     kemudahan sedia ada. 

iii. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar. 
iv. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang. 
v. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan. 

Misi 
Menjadi perantara di antara pelajar ILP Perai dengan pihak pengurusan ataupun sebaliknya menyediakan satu saluran pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum. 

Visi 
Memastikan kebajikan dan hak pelajar ILP Perai tidak terabai serta memastikan pelajar dapat menikmati keselesaan dan kemudahan di ILP Perai bagi memudahkan pembelajaran pelajar.

No comments:

Post a Comment