Monday, February 3, 2020

PERHIMPUNAN BULANAN KALI PERTAMA 2020 : BULAN FEBRUARI

Tarikh : 3/2/2020 (Isnin) 
Tempat : Dewan Utama ILP Perai. 

Pada perhimpunan kali pertama sesi ini, majlis telah diacarakan oleh saudara Meor Syahmie Bin Meor Amri (Exco Kebajikan MPP). Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang dan disusuli dengan bacaan doa oleh Saudara Rasman Bin Mohd Fadzli.


Pada sesi pertama, ucapan oleh wakil MPP iaitu Saudara Hanif Shahfuan Bin Shaiful Nizam dan Saudari Siti Syuhada Binti Musa.

Saturday, January 11, 2020

Gotong Royong Perdana MPP 2020


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 11 Januari 2020 (Sabtu) , pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar  telah bersama mengadakan gotong royong bersama membersihkan Sekretariat MPP yang juga merupakan Pusat Kegiatan Pelajar.Seramai 13 pimpinan MPP bersama Penasihat RAWDAH, En. Faizul Afzan telah hadir untuk membantu dalam membersihkan Sekratariat pelajar dan ibupejabat MPP.
Pimpinan berkumpul pada pukul 8.00 pagi dan dimulakan dengan sesi sarapan dengan bekalan makanan (potluck) yang dibawa.

Tuesday, January 7, 2020

Parking Khas Siswi

Pada 7 Januari 2020, Majlis Perwakilan Pelajar ILP Perai melalui Jawatankuasa Kluster Hal Ehwal Siswi telah berjaya melaksanakan manifesto untuk mewujudkan kawasan khas parking bagi pelajar siswi di kawasan parking kenderaan motorsikal di ILP Perai.

Kawasan yang dikhaskan itu bermula dari baris pertama kawasan parking bagi membolehkan para siswi untuk meletakkan motorsikal meraka di kawasan yang lebih selamat

Thursday, January 2, 2020

Sekitar Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu ILP Perai Sesi 1/2020


Pendaftaran Pelajar Baru ILP Perai sesi 1/2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Januari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Besar ILP perai. Di kesempatan ini kami dari warga ILP Perai dan MPP ILP Perai ingin mengucapkan Selamat Datang ke Institut Latihan Perindustrian Perai (ILP Perai). 

 Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke ILP Perai sekaligus menjadi warga ILP Perai. Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar yang baru mendaftar di ILP Perai ini. 

Monday, November 25, 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan ILP PERAI Sempena Hari Sukan Negara peringkat ILP Perai Tahun 2019


Sempena dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan warga sihat dengan bersukan ,Bulan Sukan Negara telah berjaya diadakan di ILP Perai. Program Sukan yang bermula pada 15/10/2019 sehingga Hari Kemuncak iaitu pada 2/11/2019 di sambut dengan meraih dan jayanya oleh semua warga ILP Perai dari pihak Pengurusan, Pengajar-Pengajar dan semua pelajar ILP Perai.