Sunday, August 25, 2019

Sorotan Tambahan : Pilihan Raya Umum ILP PERAI 2019



TARIKH : 1 OGOS 2019
TEMPAT : DEWAN ILP PERAI



Julung-julung kali diadakan Pilihanraya Umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Institut Latihan Perindustrian Perai (ILP Perai) bagi memilih calon-calon yang berkaliber untuk memimpin dan memacu para pelajar ILP Perai dan mengerakkan program-program yang mempunyai impak kepada ILP Perai. 

Cara pemilihan MPP pada sesi kali ini adalah dilakukan dengan menggunakan Sistem e-Voting dimana semua pelajar dikehendaki untuk memilih calon-calon yang bertanding bagi mengisi jawatan Pengerusi MPP, Naib Pengerusi MPP, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatan Kuasa Biro-Biro .

Sebelum pelajar-pelajar ILP Perai membuat pemilihan secara e-Voting, calon-calon yang bertanding dikehendaki memilih ahli kumpulan dan 2 kumpulan telah ditubuhkan untuk merangka strategi dan menyediakan MANIFESTO-MANIFESTO sekiranya kumpulan mereka BERJAYA terpilih menjadi PENERAJU dan MEMIMPIN para Pelajar ILP PERAI pada kali ini.  

BERIKUT DISEDIAKAN SOROTAN GAMBAR-GAMBAR PADA HARI KEJADIAN :

TAKLIMAT RINGKAS BERKENAAN PILIHAN RAYA UMUM ILP PERAI






Sesi Debat secara Berkumpulan bagi membentangkan MANIFESTO-MANIFESTO 
untuk PILIHAN RAYA UMUM ILP PERAI




















SISTEM E-VOTING DIJALANKAN DI MAKMAL ICT 
PILIHAN RAYA UMUM ILP PERAI




KEPUTUSAN PERATUSAN PILIHAN RAYA UMUM ILP PERAI
dapat disaksikan di Layar Projektor di DEWAN ILP PERAI 
pada hari kejadian




- SEKIAN -



No comments:

Post a Comment