Tuesday, April 17, 2018

KEM KEPIMPINAN

PROGRAM SPECIAL GUIDE FOR OUR YOUNG LEADER INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA ( ILJTM ) 2018





PESERTA KEPIMPINAN



Pada 06 April 2018, satu kem kepimpinan untuk MPP telah diadakan di Adtec Kulim. Kem tersebut diadakan selama tiga hari. Seramai 9 buah institut hadir ke kem tersebut, Institut yang hadir ialah ILP PERAI, ILP KEPALA BATAS, ILP NIBONG TEBAL, ILP KANGAR, ILP JITRA, ILP IPOH, ADTEC MELAKA DAN ADTEC SHAH ALAM. 


Antara aktiviti yang dijalankan semasa kem tersebut ialah:

-Mr sado
-ILJTM Got Talent
-Kembara (8km)
-Persembahan malam kebudayaan.




 






Antara kepentingan Kem ialah untuk memantapkan faktor-faktor yang positif kearah mencapai tingkah laku yang diingini, iaitu:
1. Kem motivasi menambah kesan faktor kekeluargaan dalam mencorakkan perkembangan pelajar secara pendekatan autoritatif yang menanam sikap positif yang mendorong kea rah pencapaian harga diri yang tinggi.


2. Kem motivasi membantu menyumbang kepada faktor rakan sebaya melalui aktiviti berpasukan. Aktiviti seumpama ini meningkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam kumpulan secara khususnya dan dalam kelompok semua peserta secara umumnya.

3. Sekolah sebagai ejen sosialisasi dapat diadaptasi dalam kem-kem motivasi. Contohnya, peserta kem dapat belajar mematuhi normal dan peraturan-peraturan dalam populasi barunya semasa menyertai kem. Ini kerana, sepanjang kem berlangsung, nilai-nilai disiplin yang ketat perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Pada waktu ini, nilai-nilai yang diingini perlu diterapkan supaya peserta mengawal tingkah laku yang diharapkan dan seterusnya memenuhi kehendak masyarakat.

Hasilnya, kem-kem motivasi seumpama ini diharapkan dapat melahirkan pelajar ataupun rakan sebaya yang prihatin serta mampu meningkatkan nilai individu ke tahap yang lebih tinggi.









No comments:

Post a Comment